Home

Kari Kepala Ikan Port Dickson: 27 Tahun Keistimewaan

Kari Kepala Ikan Port Dickson

Bila orang sebut kari kepala ikan Port Dickson, nama Restoran Deen Berjaya sudah pasti yang pertama terlintas di fikiran ramai. Selama 27 tahun, restoran “legend” ini telah menjaga kualiti dan keistimewaan resepi mereka, menjadikannya antara destinasi kuliner paling dicari di Negeri Sembilan.

Hidangan istimewa Kari Kepala Ikan Deen Berjaya menggunakan kepala ikan Jenahak segar bersaiz besar, dimasak dalam kuah kari pekat yang kaya dengan rempah ratus pilihan. Setiap suapan merangkumi kesegaran ikan, kepedasan yang seimbang, dan aroma rempah yang benar-benar menyengat selera. Menu set sesuai 5-6 orang mengandungi signature dish satu kepala ikan Jenahak besar, lamb shank, udang goreng, sotong goreng, sayur taugeh, acar bawang dan papadom — semua dalam satu pakej yang amat berbaloi.

Restoran Deen Berjaya terletak di Jln Dato’ K. Pathmanaban, Bandar Port Dickson — mudah dijangkau dan berdekatan dengan IPD Port Dickson sebagai tanda aras. Kawasan makannya yang luas mampu menempatkan kumpulan besar dan keluarga dengan selesa. Kakitangan yang mesra dan servis yang pantas memastikan pengalaman makan anda adalah yang terbaik.

Semua menu adalah 100% Halal dengan bahan-bahan segar. Masjid berdekatan untuk kemudahan solat, dan kemudahan tandas yang bersih tersedia untuk keselesaan pengunjung. Pes Kari Kepala Ikan turut dijual untuk dibawa pulang pada harga RM12 sahaja — sesuai sebagai buah tangan atau untuk dinikmati bersama keluarga di rumah. Tinggal masukkan ikan dan sayuran pilihan, santan tersedia sebagai pes masakan.

Kari kepala ikan yang betul-betul sedap bukan mudah dijumpai. Tapi di Deen Berjaya, setiap kunjungan adalah jaminan kepuasan. Tak kira dari kalangan penduduk setempat mahupun oengunjur luar yang datang untuk menikmati hidangan di Restoran Deen Berjaya. Datang dan buktikan sendiri kenapa restoran ini sudah 27 tahun kekal dipercayai!

©Copyright 2026 RDB Restaurant | All Rights Reserved

2026 Designed by Digita Marketing Group Sdn Bhd